July 23, 2020
BROKEN DREAMS OF BIOTECH – PART 3

Wan Izzudin Wan Sulaiman

BioTechnology Adviser

Setelah “National Biotech Policy” (NBP) dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada tahun 2005 maka bermulalah satu era pemecutan yang hebat ke arah merealisasikan matlamat negara untuk menjadi salah satu pemain industri yang ulung di dalam bidang bioteknologi. Antara matlamat yang terpapar jelas di dalam dokumen NBP ialah Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangya 20 “pemain global” di dalam sektor teknologi ini pada tahun 2020.

Setelah “National Biotech Policy” (NBP) dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada tahun 2005 maka bermulalah satu era pemecutan yang hebat ke arah merealisasikan matlamat negara untuk menjadi salah satu pemain industri yang ulung di dalam bidang bioteknologi. Antara matlamat yang terpapar jelas di dalam dokumen NBP ialah Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangya 20 “pemain global” di dalam sektor teknologi ini pada tahun 2020.

Pada tahun 2005, kita telah jauh ketinggalan (25 tahun di belakang) di dalam arus “biotech boom” yang kian mencanak naik di USA dan Eropah. Syarikat-syarikat Biotech seperti Genentech dan Amgen menjadi “darlings of the Wall Street” dengan “multi-billion dollars block buster biological drugs” mereka.

Walaupun kita ketinggalan jauh di belakang, berbekalkan dengan semangat MALAYSIA BOLEH, kita yakin kita boleh capai apa yang diidamkan. Kita panggil penasihat dan pemain antarabangsa seperti Frost & Sullivan dan ramai lagi konsultan yang lain untuk bikin kajian, kertas cadangan, dan sediakan blueprint.

Maka lahirlah dua “flagship companies” yang ditaja sepenuhnya oleh Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc.) yang bakal menjadi peneraju kepada “the new engine of growth” bagi Malaysia ini.

Flagship pertama ialah Inno Bio Ventures Sdn Bhd di bawah kelolaan MOSTI. Matlamat Inno Bio ialah untuk menghasilkan biological drugs kita sendiri. Sebuah makmal bio-farmasutikal bertaraf cGMP yang bernilai ratusan juta ringgit dibina di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada awalnya projek ini memang mendapat perhatian umum, namun beberapa tahun kemudian hasrat Malaysia untuk akhirnya mengeluarkan “block-buster biologicals” tidak kesampaian. Syarikat mengalami kerugian demi kerugian yang diserap sepenuhnya oleh MOF Inc. Saya tak tahu di mana silapnya. CEO nya bertukar ganti dan halatujunya juga bertukar-tukar. Menteri dan pentadbiran atasan MOSTI bertukar ganti. Terkini Inno Bio cuba diselamatkan dengan menjalankan usahasama dengan syarikat farmasutikal AJ Pharma dari Timur Tengah. Apa halatuju seterusnya? Entahlah… MOF pun sudah hilang keyakinan untuk terus melabur di dalam Inno-Bio.

Flagship kedua ialah 9Bio Sdn Bhd di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Kesihatan pada masa itu ialah Chua Soi Lek. 9Bio ditubuhkan untuk menghasilkan vaksin dan ubat-ubatan HALAL.,.. suatu matlamat yang bagus. Bajet yang dikemukakan kepada Kerajaan ialah RM 350 juta. Tapak kilang dikenalpasti di Enstek, Nilai. Rakan kongsi dari luar negara juga telah dikenalpasti. Turnkey Contractor Faber-Ekovest JV juga telah dilantik.

Malangnya belum apa-apa lagi, projek 9Bio hilang dari persada perancangan bioteknologi kebangsaan tanpa dapat dikesan! Skandal yang melibatkan pertuduhan pecah amanah oleh CEO nya meletup. Projek Flagship 9Bio berkubur tanpa batu nisan.

Namun perancangan industri bioteknologi negara tidak terhad kepada flagship projects sahaja. Di dalam Part 4 nanti kita akan bicarakan pula tentang nasib beberapa GLC lain yang diamanahkan untuk meneraju industri ini.

Wan Izzuddin Wan Sulaiman
BioTechnologist

Read more
You might also be interested in these
ESSAYONHOPE
AN ESSAY ON HOPE

There is hope. Malaysia went close to the precipice but managed to step back. But hope creates expectations. It will take more than just the charm and charisma of the 10th Prime Minister of Malaysia to bring about real transformations. It will take more than euphoria to rebuild a nation that has been scarred by hate politics and religious extremism. Once the euphoria is over and the dust has settled, the real challenges will begin. We must continue to hope, but we, the rakyat, must own the change.
LeaderCafe4
Is Distributed Leadership the Future?

We have to look at the past to discuss whether Distributed Leadership is the future. Specifically, we have to look back at the pivotal work by Burns and Stalker on the notion of organic systems. Their work was published way back in 1961. But like many new ideas, it took time to make its way into mainstream management thinking. It was more than 20 years later that their ideas became a part of the mainstream conversation in management and leadership.
Let’s get involved!

Stay up to date with our newest events and publications, so be sure to stay in touch. Join our community of thinkers like you who know the impact great leaders can have in a community.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.