June 11, 2020
BROKEN DREAMS OF BIOTECH – Part 2

Wan Izzudin Wan Sulaiman

BioTechnology Adviser

Bioteknologi memang sudah lama dipraktikkan sejak manusia pandai menggunakan mikro-organisma untuk memeram buah-buahan seperti anggur untuk dijadikan arak/alcohol dan cuka. Ia adalah teknologi yang membabitkan penggunaan dan pengolahan organisma-organisma hidup dan atau sebahagian dari komponen dari organisma hidup itu (termasuklah sekecil-kecil molekul DNA yang terhadap di dalam sel organisma itu) untuk menghasilkan produk dan proses yang memberi menafaat kepada manusia. 

BIOTEKNOLOGI

Apakah definisi “bioteknologi” dan dari mana asal-usulnya? Panjang cerita, tetapi jika anda ingin tahu apakah sebenarnya jurusan dan industri biotech ini, saya cuba rumuskan di sini.

Bioteknologi memang sudah lama dipraktikkan sejak manusia pandai menggunakan mikro-organisma untuk memeram buah-buahan seperti anggur untuk dijadikan arak/alcohol dan cuka. Ia adalah teknologi yang membabitkan penggunaan dan pengolahan organisma-organisma hidup dan atau sebahagian dari komponen dari organisma hidup itu (termasuklah sekecil-kecil molekul DNA yang terhadap di dalam sel organisma itu) untuk menghasilkan produk dan proses yang memberi menafaat kepada manusia. (Ada juga produk dan proses yang boleh membahayakan manusia…, itu cerita lain).

Pada tahun 1860’an seorang paderi di Austria bernama Gregor Mendel telah menerbitkan hasil kajian yang kini kita kenali sebagai “Mendelian Genetics”. Beliau mengutarakan hipotesis bahawa proses pembiak-baka dari satu generasi ke generasi yang lain (dari ibu kepada anak), dikawal oleh satu peraturan yang dinamakan “law of inheritance”. Namun pada masa itu saintis tidak dapat mengesahkan bagaimana proses ini berlaku.

Hampir satu ratus tahun kemudian barulah dua orang saintis di University of Cambridge, Watson dan Crick, menemui “the secret of life” iaitu rupa bentuk struktur molekul DNA yang merupakan molekul yang mengandungi “blueprint” tau maklumat genetik setiap organisma hidup, dari sekecil-kecil bakteria sehinggalah sebesar-besar dinosaur. Inilah molekul yang dimaksudkan sebagai “faktor penentuan baka” yang dilontarkan oleh Gregor Mendel pada tahun 1866.

Ilmu pengetahuan tentang apa yang berlaku di peringkat mikro, peringkat sekecil sel atau di dalam sel itu sendiri (cellular and sub-cellular level) dan teknik-teknik memanipulasi dan mengolah pada peringkat mikro ini lah merupakan teras atau tunjang kepada ilmu dan teknologi yang hari ini kita kenali sebagai BIOTEKNOLOGI. Jika ilmu dan teknologi NUKLEAR itu berpangkal kepada ilmu tentang atom dan sub-atomik, maka BIOTECH berpangkal kepada cellular dan sub-cellular, molecular and sub-molecular.

GENENTECH

Pada lewat tahun 70an-awal 1980an satu industri baru muncul di San Francisco Bay Area, USA. Sebuah syarikat BIOTECH ulung bernama Genentech dengan kerjasama saintis di University of California San Francisco (UCSF) telah berjaya buat pertama kalinya memindahkan DNA (gene) insulin ke dalam satu spesis bakteria. Genentech kemudiannya berjaya menternak bakteria itu dengan skala yang besar untuk menghasilkan human insulin untuk mengubat penyakit diabetes. Boom… syarikat Genentech muncul sebagai gergasi Biotech yang bernilai berbillion USD. UCSF pula mendapat royalti sebanyak USD 200 juta hasil dari usahasama tersebut.

Selepas Genentech, industri biotech tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Genentech menjadi pencetus kepada “biotech boom”. Revolusi industri ini menjadi inspirasi kepada pertumbuhan industri biotech di seluruh dunia. Dalam masa sedekad, iaitu di sekitar awal tahun 2000an beberapa negara telah mampu menghasilkan “blockbuster biotech drug” mereka sendiri. India, Korea, Russia, malah Cuba dapat menghasilkan ubat biotech mereka sendiri seperti interferon, erythtropoeitin dan beberapa ubat anti kanser. Pada tahun 2013 terdapat lebih sepuluh syarikat biotech di seluruh dunia yang masing-masing telah mencapai jualan melebihi USD 5 billion setahun.

Nah, dunia barat mengambil masa beratus tahun untuk membina ilmu dan kepakaran mereka di dalam bioteknologi. Ilmu dan teknologi ini memerlukan saintis yang terlatih dan memahami secara terperinci tentang teknik memanipulasi gen dan molekul pada tahap sub-cellular. Banyak dari teknik ini tersimpan sebagai rahsia dan paten hakcipta yang terpelihara. Mereka bukan membina industri bioteknologi secara sekelip mata, atau “overnight”.

NATIONAL BIOTECHNOLOGY POLICY (NBP) 2005

Manakala di Malaysia pula, sejak dari awal tahun 2000an, kita dengar dari jauh, sayup-sayup, ada perancangan nak bina BIO-VALLEY, serentak dengan pembangunan Putrajaya-Cyberjaya. Tetapi projek mega itu berkubur tanpa batu nisan. Akhirnya pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi melancarkan blueprint National Biotechnology Policy (NBP). Kita tidak mahu ketinggalan. Singapura telah pun kencang dihadapan dengan projek BIOPOLIS mereka.

NBP menggariskan perancangan kerajaan untuk melonjakkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara yang mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 20 syarikat biotech bertaraf global pada tahun 2020. Welcome to the brave new world of biotechnology. Namun persoalannya mampu kah kita mengejar impian ini?

Kini tahun 2020 telah pun tiba. Di manakah syarikat-syarikat bertaraf global itu sekarang? Tatkala dunia dilanda wabak Covid19, adakah kita akan terus bergantung harap kepada teknologi asing lagi?

WAN IZZUDDIN WAN SULAIMAN
BIOTECHNOLOGY ADVISER
Read more
You might also be interested in these
ESSAYONHOPE
AN ESSAY ON HOPE

There is hope. Malaysia went close to the precipice but managed to step back. But hope creates expectations. It will take more than just the charm and charisma of the 10th Prime Minister of Malaysia to bring about real transformations. It will take more than euphoria to rebuild a nation that has been scarred by hate politics and religious extremism. Once the euphoria is over and the dust has settled, the real challenges will begin. We must continue to hope, but we, the rakyat, must own the change.
LeaderCafe4
Is Distributed Leadership the Future?

We have to look at the past to discuss whether Distributed Leadership is the future. Specifically, we have to look back at the pivotal work by Burns and Stalker on the notion of organic systems. Their work was published way back in 1961. But like many new ideas, it took time to make its way into mainstream management thinking. It was more than 20 years later that their ideas became a part of the mainstream conversation in management and leadership.
Let’s get involved!

Stay up to date with our newest events and publications, so be sure to stay in touch. Join our community of thinkers like you who know the impact great leaders can have in a community.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.