June 19, 2021
OKU Dipinggirkan dan Akan Terus Dipinggirkan Ketika Covid19

MK Ismail

Kalau bukan kerana usaha YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi untuk menyediakan vaksin bagi golongan kurang upaya OKU, golongan ini akan terus dipinggirkan. 13,500 OKU telah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU di Menara Sime Darby minggu ini diatas usaha beliau bersama pihak berwajib. Namun 13,500 ini hanyalah 5.6% dari jumlah OKU yang sudah mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera. Jumlah OKU yang divaksin ini adalah hanya 2.3% daripada bilangan keseluruhan 577,352 OKU berdaftar di seluruh negara.

OKU Dipinggirkan dan Akan Terus Dipinggirkan Ketika Covid19

Kalau bukan kerana usaha YB Senator Datuk RasAdiba Mohd Radzi untuk menyediakan vaksin bagi golongan kurang upaya OKU,golongan ini akan terus dipinggirkan. 13,500 OKU telah divaksin di PusatPemberian Vaksin (PPV) OKU di Menara Sime Darby minggu ini diatas usaha beliaubersama pihak berwajib. Namun 13,500 ini hanyalah 5.6% dari jumlah OKU yang sudahmendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera. Jumlah OKU yang divaksin iniadalah hanya 2.3% daripada bilangan keseluruhan 577,352 OKU berdaftar diseluruh negara.

Siapa yang membela nasib OKU di Malaysia.

Kerajaan melalui JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya memainkan peranan yang aktif dan positif didalam memastikan golongan OKU diberikan keutamaan dalam mendapatkan vaksin Covid19 ini. Sesungguhnya kebanyakan mereka mempunyai pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka memerlukan bantuan dan pertolongan bagi mendaftarkan diri dan hadir di Pusat Pemberian Vaksin. Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat Daerah seharusnya diberikan ‘empowerment’ untuk mendaftarkan secara otomatik OKU yang berdaftar dibawah jabatan. Dengan ini golongan OKU diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Sekiranya golongan OKU yang serba kekurangan dan kedaifan diharapkanuntuk melakukan secara persendirian dan bersaing dengan golongan biasa dalam mendapatkan tempat untuk divaksin apakah ini satu keadilan. Apa gunanya soalan didalam MySejahtera bertanyakan samada anda berdaftar sebagai OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat kalau maklumat ini tidak dimanafaatkan. Siapakah yang akan membela nasib OKU ?

 Keluarga dibebankan dengan penutupan pusat Jagaan OKU

Keberadaan pusat-pusat jagaan golongan OKU oleh badan-badan dan organisasi bukan kerajaan adalah untuk memberikan golongan OKU peluang untuk berdikari dan mempelajari skil baharu didalam kehidupan mereka. Setelah 3 kali PKP Lockdown 3.0 golongan OKU terus diabaikan. Tidak dinafikan bahawa keperluan Lockdown 3.0 untuk melandaikan insiden kes positif Covid19, namun penyelesaian dan peruntukkan harus diberikan kepada golongan OKU untuk melalui kehidupan mereka.Setelah melalui PKP buat kali ketiga kerajaan seharusnya belajar bagaimana memastikan golongan OKU tidak terus terabai. Peningkatan kes-kes mental dan psikitari dikalangan orang biasa dikeutarakan namun nasib golongan OKU tidak diendahkan sama sekali. Kerajaan sewajarnya memikirkan bagaimana memastikan pusat-pusat jagaan OKU dan bengkel terlindung ‘ShelterWorkshop’ masih boleh beroperasi dengan kawalan dan SOP yang ketat. Apabila pusat jagaan dan bengkel terlindung ditutup, tanggungjawab menjaga golongan OKU terletak kepada ahli keluarga. Ahli keluarga golongan OKU yang rata-rata dari golongan B40 terpaksa mengorbankan kerja mereka untuk memastikan golongan OKU terjaga. Kerajaan membiarkan rakyatnya yang OKU dan keluarga mereka yang kebanyakan datang dari keluarga B40 untuk memikirkan nasib mereka sendiri. Kerajaan tidakmenjaga 34 juta rakyat Malaysia, kita kena jaga kita.

Kita Jaga Kita – OKU jaga OKU 

Kekurangan bantuan kepada pusat-pusat penjagaan dan bengkel terlindung telah berlaku sebelum bermulanya pandemik Covid19. Dengan berlakunya pandemik Covid19, sumbangan kepada pusat jagaan dan bengkel terlindung OKU mengalami penurunan yang besar dan mendadak. Ada yang kehilangan sumbangan dan derma hampir 100% dan yuran bulanan juga berkurangan disebabkan pusat-pusat jagaan dan bengkel terlindung hanya dibuka beberapa hari disebabkan ‘lockdown’. Golongan OKU yang kebanyakkan dari golongan B40 memilih untuk tidak membayar yuran pusat jagaan pada hari-hari yang tidak hadir. PKP 3.0 telah menyebabkan banyak pusat jagaan dan bengkel terlindung tidak menerima apa-apa kutipan yuran dan sumbangan. Keadaan ini akan menyebabkan rantai nilai bagi penjagaan golongan OKU terjejas. Apabila pusat jagaan dan bengkel terlindung bagi golongan OKU ditutup, mereka tidak lagi mendapat latihan dan skil untuk mendapat pekerjaanyang dikhaskan bagi golongan OKU. Apabila tiada latihan dan skil, peluang untuk bekerja menjadi lagi tipis. Apabila hilang peluang pekerjaan, golongan OKU akan duduk dirumah dan keluarga harus memastikan keselamatan dan kebajikan mereka. Seorang ahli keluarga harus dikorbankan untuk menjaga golongan OKU tersebut. Keluarga tersebut akan hilang dua sumber pendapatan dari ahli keluarga yang biasa dan dari ahli keluarga yang OKU. Sudah jatuh ditimpa tangga, bertimpa-timpa jadinya. Beban yang selama ini dikongsi bersama oleh Pusat Jagaan dan Bengkel Terlindung kini terletak sepenuhnya dibahu ahli keluarga. Bagi yang tidak mampu, golongan OKU akan dibiarkan bersendirian menjaga diri mereka sendiri. Siapakah yang memikirkan nasib dan masa depan golongan OKU kita.

Kalau sudah tidak mampu nak menjaga golongan OKU yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua, maka jangan diwujudkan jabatan dan kementerian yang menghabiskan peruntukan untuk membantu golongan yang memerlukan. Bertindaklah SEGERA. Doa sahaja tidak cukup, pemimpin harus turun padang bantu golongan OKU.


Mohammad Khuzaini Ismail

Ayah kepada anak yang OKU Sindrom 48XXYY

Read more
You might also be interested in these
ESSAYONHOPE
AN ESSAY ON HOPE

There is hope. Malaysia went close to the precipice but managed to step back. But hope creates expectations. It will take more than just the charm and charisma of the 10th Prime Minister of Malaysia to bring about real transformations. It will take more than euphoria to rebuild a nation that has been scarred by hate politics and religious extremism. Once the euphoria is over and the dust has settled, the real challenges will begin. We must continue to hope, but we, the rakyat, must own the change.
LeaderCafe4
Is Distributed Leadership the Future?

We have to look at the past to discuss whether Distributed Leadership is the future. Specifically, we have to look back at the pivotal work by Burns and Stalker on the notion of organic systems. Their work was published way back in 1961. But like many new ideas, it took time to make its way into mainstream management thinking. It was more than 20 years later that their ideas became a part of the mainstream conversation in management and leadership.
Let’s get involved!

Stay up to date with our newest events and publications, so be sure to stay in touch. Join our community of thinkers like you who know the impact great leaders can have in a community.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.