July 28, 2020
BROKEN DREAMS OF BIOTECH – Part 4: BIOVALLEY DAN MALAYSIA-MIT BIOTECHNOLOGY PARTNERSHIP PROGRAMME

Wan Izzudin Wan Sulaiman

BioTechnology Adviser

Program bioteknologi sebenarnya bukan bermula dengan terlancarnya National Biotech Policy pada tahun 2005. Sebelum itu sudah ada ura-ura untuk melancarkan projek BIO-VALLEY untuk menempatkan industri baru ini. BIO-VALLEY dikatakan akan dibina secara bersepadu dengan pembangunan Cyberjaya di Daerah Dengkil, di pinggir Putrajaya.. BIO-VALLEY adalah saingan kepada BIOPOLIS yang telah dilancarkan di Singapura. 

Program bioteknologi sebenarnya bukan bermula dengan terlancarnya National Biotech Policy pada tahun 2005. Sebelum itu sudah ada ura-ura untuk melancarkan projek BIO-VALLEY untuk menempatkan industri baru ini. BIO-VALLEY dikatakan akan dibina secara bersepadu dengan pembangunan Cyberjaya di Daerah Dengkil, di pinggir Putrajaya.. BIO-VALLEY adalah saingan kepada BIOPOLIS yang telah dilancarkan di Singapura.

Cetusan projek BIO-VALLEY ini berlaku semasa penghujung pemerintahan YAB Tun Dr Mahathir pada sekitar tahun 2002. Tetapi perincian mengenai projek ini tidak begitu jelas kerana Kerajaan tidak mahu ianya dikaitkan dengan perkembangan projek Multi Media Supercorridor (MSC) yang tidak begitu menggalakkan. Projek ini pernah mendapat perhatian antarabangsa dan pernah dilapurkan oleh Wall Street Journal dan dipanggil sebagai “the Valley of Ghosts” oleh jurnal saintifik, Nature.

Dalam pada itu kita jangan lupa bahawa pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Kerajaan telah pun menjalin satu usahasama diperingkat tertinggi dengan Massachusets Institute of Technology (MIT), sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan terulung berpengkalan di Boston, Massachusets, USA. Kerjasama ini dikenali sebagai Malaysia-MIT Biotechnology Partnership Programme (MMBPP). Matlamat MMBPP ialah untuk menjalankan satu penyelidikan secara intensif untuk mengkaji dan menambah nilai kepada minyak sawit dan khazanah herba negara. Pasukan MIT diketuai oleh sepasang Professor suami isteri aiatu Prof Cho Kyun Rha dan Prof Anthony J. Sinskey. Di sebelah Kerajaan Malaysia pula dua institusi penyelidikan telah di pilih sebagai collaborator iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

Memang MMBPP mempunyai matlamat yang amat baik. Dua sumber asli utama negara iatu minyak kelapa sawit dan herba-herba dari hutan belantara perlu dikaji secara mendalam dan nilai komersial kedua-dua sumber asli ini dieksploitasikan secara lebih optima. Minyak sawit mempunyai “phenolic compound” yang berguna dan kandungan Vitamin E jenis troco-trienol pula adalah tinggi. Manakala khazanah herba negara seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Pegaga adalah unik dan mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan di pasaran antarabangsa.

Hasilnya? Kajian terhadap ekstrak minyak sawit yang mempunyai kandungan Vitamin E (tocopherol) dan ekstrak Tingkat Ali dapat dikomersialkan, tetapi pasaran kedua-dua produk tersebut di seluruh dunia tidak lah begitu besar, berpadanan dengan usaha dan pelaburan yang telah dicurahkan sebelum ini. Akhirnya usahasama Malaysia-MIT terbantut dan hilang momentum.

Sementara itu Technology Park Malaysia (TPM), sebuah agensi di bawah kelolaan MOSTI juga cuba menceburi bidang ini. TPM di bawah kepimpinan CEOnya Datuk Dr Salleh (suami kepada Shahrizat, kemudiannya CEO kepada NFC) telah menerima peruntukan wang yang agak besar untuk membina sebuah makmal bioteknologi di kampus induknya di Bukit Jalil. Ini diiukuti dengan pembinaan kampus cawangannya di Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang. Matlamat asal TPM ialah untuk menghasilkan vincristine dan vinblastine, dua kompaun anti-kanser yang diekstrak dari daun bunga Kemnunting China (Madagascar Periwinkle). Kedua-dua kompaun ini mempunyai pasaran berbilion ringgit di seluruh dunia. Manakala kampus di Raub pula dilengkapi dengan fasiliti makmal serta kilang memproses ubat-ubatan berasaskan ekstrak herba bertaraf GMP.

Kini projek kompaun vincristine dan vinblastine berakhir tanpa sezarah pun kompaun tersebut dihasilkan. Manakala projek pengeluaran herba berjalan, tetapi tidaklah mendatangkan keuntungan sebagaimana yang dijangkakan. Anak syarikatnya TPM Biotech Sdn Bhd (kini bertukar nama sebagai TPM Nexus Sdn Bhd) mengalami kerugian setiap tahun sejak 2005. Mana tidak ruginya? TPM Biotech terpaksa bersaing mengeluar dan memasarkan produk herba dengan kos operasi yang amat tinggi.

MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) di bawah Jabatan Perdana Menteri juga cuba menceburi bidang herba ini dengan menubuhkan Malaysian Herbal Corporation (MHC) Sdn Bhd. MHC menerima nasib yang sama, gagal untuk mencapai keuntungan yang disasarkan.

Dimanakah silapnya semua agensi/badan kerajaan ini? Patutkah kerajaan menubuhkan GLC atau anak syarikat yang melabur di dalam bidang teknologi baru dan mengharapkan keuntungan darinya?

Wan Izzuddin Wan Sulaiman
BioTechnologist
Read more
You might also be interested in these
ESSAYONHOPE
AN ESSAY ON HOPE

There is hope. Malaysia went close to the precipice but managed to step back. But hope creates expectations. It will take more than just the charm and charisma of the 10th Prime Minister of Malaysia to bring about real transformations. It will take more than euphoria to rebuild a nation that has been scarred by hate politics and religious extremism. Once the euphoria is over and the dust has settled, the real challenges will begin. We must continue to hope, but we, the rakyat, must own the change.
LeaderCafe4
Is Distributed Leadership the Future?

We have to look at the past to discuss whether Distributed Leadership is the future. Specifically, we have to look back at the pivotal work by Burns and Stalker on the notion of organic systems. Their work was published way back in 1961. But like many new ideas, it took time to make its way into mainstream management thinking. It was more than 20 years later that their ideas became a part of the mainstream conversation in management and leadership.
Let’s get involved!

Stay up to date with our newest events and publications, so be sure to stay in touch. Join our community of thinkers like you who know the impact great leaders can have in a community.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.