June 4, 2020
BROKEN DREAMS OF BIOTECH - Part 1

Wan Izzudin Wan Sulaiman

BioTechnology Adviser

Di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi, MOSTI mengorak langkah menggerakkan program Bioteknologi. Maka lahirlah beberapa institusi/badan GLC yang hebat seperti Malaysian Biotech Corp dan National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM). Beberapa projek pembangunan seperti kampus TPM Biotech di Raub di bawah Technology Park Malaysia, pusat penyelidikan NIBM di Serdang dan di Penang, Projek Inno-Bio di Nilai, dan terakhir Projek Bio XCell di Iskandar Putri di Johor siap dibina. Manakala Malaysian Biotech Corp pula melancarkan program BIONEXUS mereka berbekalkan bajet ratusan juta ringgit setahun. 

Kalau Zaman Tun Mahathir dulu Malaysia pernah mengorak langkah berani mencebur bidang industri berat seperti Proton dan Perwaja serta Oil & Gas dan kemudiannya Multi Media Super Corridor. Di sektor pembangunan infrastruktur pula ada lebuhraya dan pelabuhan bertaraf dunia. Ada pula Projek mercu tanda seperti KLCC, Putrajaya dan Cyberjaya. Walaupun terdapat kecacatan di sana sini, namun projek-projek ini terus menjadi sumber inspirasi dan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan GDP dan ekonomi negara. Projek-Projek ini menjana pekerjaan, membuka peluang elonomi baru, dan memperkasa kedudukan Malaysia di persada antara bangsa.

Apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih, beliau cuba untuk membentuk legasi nya yang tersendiri. Antara menteri kanan beliau pada masa itu ialah Arwah Tan Sri Jamaludin Jarjis yang mengilhamkan bahawa “the next big thing” untuk Malaysia ialah di dalam bidang sains dan Teknologi. Secara lebih khusus bidang itu ialah di dalam sektor Bioteknologi.

Kementerian di bawah beliau, MOSTI mengorak langkah menggerakkan program Bioteknologi. Maka lahirlah beberapa institusi/badan GLC yang hebat seperti Malaysian Biotech Corp dan National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM). Beberapa projek pembangunan seperti kampus TPM Biotech di Raub di bawah Technology Park Malaysia, pusat penyelidikan NIBM di Serdang dan di Penang, Projek Inno-Bio di Nilai, dan terakhir Projek Bio XCell di Iskandar Putri di Johor siap dibina. Manakala Malaysian Biotech Corp pula melancarkan program BIONEXUS mereka berbekalkan bajet ratusan juta ringgit setahun.

Kesemua projek-projek ini menelan belanja hampir RM 2 billion.

Bioteknologi tidak menjadi priority di Zaman pemerintahan Datuk Seri Najib. Beliau banyak memberi tumpuan kepada urban development seperti MRT. Oh, jangan lupa, banyak juga wang dan masa dicurahkan untuk menyelesaikan masalah 1MDB.

Kemana perginya semua pelaburan negara dalam Bioteknologi ? Kenapakah program mega yang menelan belanja berbillion ringgit ini sekarang sekolah-olah hilang, sunyi sepi, hidup segan mati tak mahu? Yang tinggal cuma gedung-gedung sepi, tanpa bajet yang mencukupi.

Di mana silap kita? Saya ingin mengemukakan satu jawapan. Saudara boleh lah ulas sendiri.

Masalah kita ialah pendekatan kita yang pincang terhadap sesuatu program pembangunan itu sendiri. Apabila kita merancang program bioteknologi kebangsaan apa yang menjadi tumpuan kita ialah pembangunan fizikal, bukan pembangunan tenaga manusia. Kita nak buat world class infrastructure, tetapi kita gagal membina world class workforce.

Pembangunan sains dan teknologi memerlukan world class scientists. Walaupun kita perlukan makmal dan peralatan yang canggih, tanpa saintis yang menggerakkannya maka infrastruktur yang kita bina akan menjadi lapuk atau outdated.

Ke mana perginya bijak pandai kita?

Wan Izzuddin Wan Sulaiman
BioTechnology Adviser

Read more
You might also be interested in these
ESSAYONHOPE
AN ESSAY ON HOPE

There is hope. Malaysia went close to the precipice but managed to step back. But hope creates expectations. It will take more than just the charm and charisma of the 10th Prime Minister of Malaysia to bring about real transformations. It will take more than euphoria to rebuild a nation that has been scarred by hate politics and religious extremism. Once the euphoria is over and the dust has settled, the real challenges will begin. We must continue to hope, but we, the rakyat, must own the change.
LeaderCafe4
Is Distributed Leadership the Future?

We have to look at the past to discuss whether Distributed Leadership is the future. Specifically, we have to look back at the pivotal work by Burns and Stalker on the notion of organic systems. Their work was published way back in 1961. But like many new ideas, it took time to make its way into mainstream management thinking. It was more than 20 years later that their ideas became a part of the mainstream conversation in management and leadership.
Let’s get involved!

Stay up to date with our newest events and publications, so be sure to stay in touch. Join our community of thinkers like you who know the impact great leaders can have in a community.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.